MUKADIMAH
BEKAS kapten Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Radzak bukan nama asing buat peminat sukan tempatan dan boleh dikatakan antara pemain bola sepak paling berjaya di Malaysia.
Memiliki semua kejuaraan dalam Liga Malaysia, namun dia menyifatkan kenangan paling manis sepanjang bergelar pemain adalah menjulang Piala AFC bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2015.
Aidil Zafuan murah dengan senyuman, namun karakternya berubah apabila berada di dalam padang, malah menjadi antara pertahanan kental di miliki negara.
Tidak tahu sampai bila mahu menjadi pemain tetapi Aidil akan menggantungkan but apabila tiba tepat pada masanya.
Bersama wartawan Mingguan Malaysia, ROZAIDI ZULKIFLI, ruangan Tanya Je…menyingkap sisi peribadi lain pemain bola sepak berpengalaman ini.
1. Haiwan eksotik apa anda ingin bela?
Tak minat dan tak akan bela.
2. Kartun paling suka ditonton?
Tom and Jerry.
3. Makanan kegemaran yang disukai, dimasak isteri anda?
Ayam masak lemak cili api.
4. Jika mempunyai poket Doraemon, apa yang ingin anda keluarkan?
Kembali pada zaman kecil.
5. Tiga tempat percutian yang sering anda kunjungi?
Bali, Bali, Bali.
6. Jika anda bukan seorang pemain bola sepak, anda mungkin seorang…?
Ahli perniagaan.
7. Band kegemaran dan lagu yang sering anda dengar?
Wali band.
8. Impian yang anda belum kecapi sepanjang hidup anda?
Mahu miliki simpanan RM100 juta.
9. Kereta yang paling ingin anda miliki?
Range Rover SVR.
10. Pasukan Eropah yang anda minat?
Paris Saint-Germain (PSG).
11. Jika berlakon sebagai hero, siapa heroin pilihan anda?
Isteri saya.
12. Kalau anda dilantik sebagai menteri, menteri apa menjadi pilihan anda?
Menteri Belia dan Sukan.
13. Kenangan yang paling anda tak dapat lupakan sepanjang bergelar pemain bola sepak?
Menjadi juara Piala AFC 2015.
14. Tiga perkara yang orang tak tahu tentang anda?
Suka berkhemah.















