Khir Toyo terajui bahagian penaja Wawasan Negara Tanjong Karang

Khir Toyo terajui bahagian penaja Wawasan Negara Tanjong Karang

MOHAMAD KHIR TOYO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dilantik sebagai Ketua Bahagian Penaja Parti Wawasan Negara Tanjong Karang.

Mohamad Khir memaklumkan pelantikan itu menerusi hantaran di Facebook selepas menerima watikah daripada Presiden Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, pelantikan itu merupakan amanah daripada pucuk pimpinan dan ahli parti untuk berkhidmat kepada rakyat serta memperkukuh kedudukan parti di Tanjong Karang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Insya-Allah, dengan izin Allah dan sokongan semua, saya akan pikul amanah ini dengan penuh ikhlas, jujur dan bersungguh-sungguh,” katanya.

Mohamad Khir turut merakamkan penghargaan kepada pucuk pimpinan parti atas kepercayaan yang diberikan.

Beliau sebelum ini meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Parti Wawasan Negara selepas lebih setahun bersama parti itu.

Mohamad Khir pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor dari 2000 hingga 2008 dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang selama tiga penggal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini