Anna Jobling raih anugerah Southeast Asia’s Best Screen Talent - Utusan Malaysia

Anna Jobling raih anugerah Southeast Asia’s Best Screen Talent

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Anna Jobling menerima pengiktirafan Southeast Asia’s Best Screen Talent Award pada majlis Top 10 of Asia 2026 yang berlangsung di Grand Hyatt, di sini, semalam.

Pengiktirafan itu diberikan sebagai penghargaan terhadap bakat dan pencapaian Anna dalam bidang lakonan, selain sumbangannya sebagai anak seni yang membawa nama Malaysia ke peringkat serantau.

Anna berkata, anugerah berkenaan amat bermakna buat dirinya dan menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan yang terbaik dalam kerjaya seni.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sangat bersyukur dan terharu menerima pengiktirafan ini. Anugerah ini bukan sahaja bermakna buat saya, malah menjadi pembakar semangat untuk terus belajar, bekerja keras dan memberikan persembahan terbaik,” katanya.

Menurut Anna, penghargaan itu turut dikongsikan bersama keluarga, syarikat pengurusan, stesen televisyen, pihak produksi serta peminat yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang perjalanan kerjayanya.

“Saya ingin berkongsi penghargaan ini dengan semua pihak yang sentiasa percaya dan menyokong saya. Tanpa mereka, saya tidak mungkin sampai ke tahap ini.

“Saya juga berazam untuk membawa nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi. Jika ada peluang untuk menembusi pasaran antarabangsa, saya sedia melakukannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini