Jenazah dua beradik maut kemalangan dikebumi satu liang lahad

Jenazah dua beradik maut kemalangan dikebumi satu liang lahad

JENAZAH Muhammad Saiful Haider bersama adiknya, Muhammad Saiful Hayyan, dikebumikan dalam satu liang lahad diTanah Perkuburan Islam Gaung Tendong Pasir Mas Kelantan. UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Jenazah Muhammad Saiful Haider Saifulnizam, 10, bersama adiknya, Muhammad Saiful Hayyan, 6, yang maut dalam kemalangan motosikal semalam selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Gaung di sini hari ini.

Kedua-dua jenazah sebelum itu disolatkan di Masjid Al-Hanan Tendong dihadiri kira-kira 300 orang.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sebaik jasad dua beradik itu dimasukkan ke dalam liang lahad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-dua jenazah selamat dikebumikan pada pukul 10.50 pagi.

Dalam kejadian semalam, dua beradik, Muhammad Saiful Haider Saifulnizam, 10, dan adiknya, Muhammad Saiful Hayyan, 6, maut dalam nahas yang berlaku kira-kira pukul 1.45 tengah hari.

Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas abangnya, Muhammad Saiful Haikal, 18, menjemput Muhammad Saiful Haider dari sekolah dan ketiga-tiga mangsa tercampak dari motosikal itu menyebabkan seorang daripada mereka meninggal dunia di lokasi kejadian.

Motosikal yang dibawa oleh remaja berusia 18 tahun itu terbabas dan bergesel dengan tiang lampu di bahagian kiri jalan sebelum melanggar lubang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini