Ramadan jadi musim sembelih harga

Ramadan jadi musim sembelih harga

BUFET Ramadan kelas kayangan menjadi isu saban tahun. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ramadan sepatutnya menjadikan kita insaf banyak beribadah dan dan kurang mengambil makanan tetapi berdasarkan pemerhatian dari setahun ke setahun, sepanjang bulan ini macam macam perkara yang berlaku mengejutkan kita.

Ketika kita mengadu banyak makanan terpaksa diimport dan dan kurang bekalan bahan asas seperti ayam dan kelapa, kita mempunyai tabiat sebaliknya, membazir makanan dan makan tidak kira masa.

Pada tahun lalu, isu pembaziran makanan di Malaysia terus menjadi kebimbangan utama iaitu menghasilkan sekitar 8.3 juta tan matrik sisa makanan setiap tahun, dengan setiap individu menyumbang secara purata sebanyak 259.82 kilogram (kg).

Setiap hari, kira-kira 17,000 tan sisa makanan dibuang, dengan 4,005 tan atau 24 peratus daripadanya masih boleh dimakan dan sepatutnya diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Statistik Pembaziran Makanan Semasa Ramadan adalah berkaitan peningkatan sisa makanan, Menurut Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), sisa makanan yang dibuang di Malaysia meningkat antara 15 hingga 20 peratus semasa musim perayaan, termasuk bulan Ramadan. Selain itu ia disumbangkan oleh jumlah sisa makanan.

Pada tahun 2022, Malaysia berhadapan dengan peningkatan lebih 75,000 tan metrik sisa makanan. Pada tahun 2023, Malaysia mencatatkan pembuangan sisa makanan sehingga 12,000 tan sehari sepanjang bulan Ramadan.

Ketika bulan Ramadan, hotel-hotel besar akan menawarkan bufet Ramadan beraneka jenis makanan tetapi harga ditawarkan amat memeranjatkan .

Satu kepala boleh mencecah harga RM200 atau antara RM150 hingga RM200.

Harga sekepala bagi kanak kanak pula kadangkala mencecah RM100. Budak manakah makan sampai RM90, sebagai contoh? Habis kuat makan spageti , takkan sampai RM90 semangkuk dicampur dengan harga air pilihan. Tapi itulah kita, mulut kita bising merungut kurang bekalan makanan asas hingga terpaksa dalam harga kawalan tetapi makan bufet mahal sekali pun tetapi tetap menjadi pilihan.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memberi kesedaran tentang isu kepenggunaan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap orang ramai melakukan sesuatu supaya makanan tidak dibazirkan.

Yang lebih penting bagaimana harga bufet Ramadan tidak berkelas kayangan. Ramai tahu kebanyakan pelanggan bufet Ramadan adalah syarikat korporat yang membelanja makan kakitangan mereka sempena Ramadan dan ada tawaran 10 pelanggan dapat satu percuma. Sebab itu yang datang bukanlah mewah sangat, naik MyVy pun ada.

Namun nilai untuk satu kepala mencecah RM200 sangatlah kayangan sifatnya. Untuk berlaku adil kepada hotel, memanglah bukan paksaan untuk mereka memilih menu tersebut kerana bagi yang kurang mampu, pergi sahaja yang menawarkan menu bufet harga kantin sekolah.

Di mana sebenarnya rasional harga bufet tersebut tersebut , Jenama hotel? Atau memang harga bahan mentah sudah mahal. Memang tidak ada harga kawalan. Saya pernah mencuba bufet

Ramadan di sebuah hotel lebih kurang harganya RM145 hingga RM150 sekepala.

Jika ditanya kepada kepada hotel, maka jawapan mereka mudah, kalau mahal janganlah makan di hotel. Tetapi ini menyebabkan pembaziran makanan kerana kita jangka ia tidak akan habis.

Saya sebenarnya terkesima dengan kenyataan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

“Bila lagi nak sembelih (letak harga mahal) ? Kerana ramai orang berbuka sebagai satu sambutan berpuasa dan juga syarikat meraikan pelanggan dan pegawai kerajaan,” ujarnya.

Malah beliau turut kecewa dengan sikap segelintir orang kita yang sanggup membayar pada harga mahal meskipun tidak berbaloi.

Sama ada kita bersetuju dengan Nadzim itu pandangan beliau. Disebabkan tersentak dengan kenyataan beliau, saya hubungi sebuah persatuan hotel tempatan bagi mendapatkan reaksi kenapa harga ini bufet terus menekan kita.

Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia, Dr. Sri Ganesh Michiel berkata, hotel terpaksa menaikkan kos bufet Ramadan berikutan kenaikan kos operasi termasuk bahan mentah, gaji, komisen jualan, fi-fi pengiklanan dan macam-macam kos yang secara langsung menyumbang kepada peningkatan harga jualan bagi bufet Ramadan di samping pembelian di saat akhir.

Terdapat setengah hotel yang menawarkan earlybird price dan masih ramai yang tidak mengambil peluang ini. Persiapan awal dapat menjimatkan kos sedikit sebanyak.

“Peningkatan harga adalah juga ekoran caj-caj mahu pun peraturan yang dikenakan bagi menjalankan perniagaan sebuah hotel, “ ujarnya.

Ganesh berkata, pihaknya sebelum ini sudah menyuarakan kebimbangan berkenaan peningkatan beban kos yang perlu ditanggung oleh sebuah hotel termasuk bahan mentah mahupun harga vendor-vendor serta pembekal makanan.

“Setakat ini masih tiada penyelesaian yang telah diterima bagi menyelesaikan ancaman-ancaman industri perhotelan.

“Kerajaan dengarlah keluhan industri dan ambil tindakan mengenai persaingan yang tidak adil ini. Persaingan dalam industri perhotelan muncul kerana pertumbuhan penginapan jangka masa pendek (STRA) serta agensi penginapan dalam talian (OTA) yang tidak dikawal selia dengan segera.

“Justeru, jika ahli persatuan yang menaikkan harga bagi penginapan atau bufet Ramadan adalah sesuatu yang wajar bagi kelangsungan perniagaan mereka,” ujarnya.

Ganesh berkata, jika bayar murah tapi hendak makan yang sedap sedap, bufet bukanlah caranya.

Pensyarah Jabatan Pengurusan Hotel Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) , Kampus Puncak Alam, Profesor Madya Dr. Nadia Hanin Nazlan juga berkongsi hal yang sama supaya pengguna mengambil pendekatan lain dengan memilih tempat makan yang tidak terlalu mahal harganya.

 

Kata beliau selain bufet Ramadan, pengguna juga boleh menyokong peniaga kecil sebagai alternatif yang lebih menjimatkan dan mesra bajet.

Ia bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, tetapi turut memberi manfaat kepada ekonomi tempatan.

Nadia Hanin berkata, kenaikan harga makanan pada bulan Ramadan, khususnya bufet Ramadan di hotel-hotel, berkait rapat dengan faktor ekonomi dan operasi yang tidak dapat dielakkan.

Terdapat beberapa sebab utama yang menyumbang kepada peningkatan harga bufet Ramadan, antaranya disebabkan permintaan tinggi kerana Ramadan menyaksikan lonjakan permintaan terhadap bufet hotel, yang secara tidak langsung menyebabkan peningkatan harga bahan mentah dan kos penyediaan makanan.

Kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff lebih rasional.

Katanya, konsep bufet lebih sesuai bagi mereka yang makan banyak dan duit banyak. Kata saya, kalau tidak… layan ala cart la atau ambil set berbuka yang murah untuk puak marhaen, dua biji kurma, air sirap dan bubur lambuk.

Tepuk dada selukla poket! –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN