KDN kerjasama dengan Menteri Agama isu ajaran Ahmadi

KDN kerjasama dengan Menteri Agama isu ajaran Ahmadi

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bekerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung isu ajaran Ahmadi The Religion of Peace and Light.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, KDN juga akan meneliti sekiranya wujud aspek pelanggaran ketenteraman awam dan keselamatan dalam ajaran tersebut.

“Saya difahamkan Menteri Agama sudah keluarkan kenyataan, itu dari sudut pelanggaran agama dan undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dari sudut KDN pula adalah aspek ketenteraman awam dan keselamatan, jadi saya akan bekerjasama dengan Menteri Agama untuk melihat aspek mana yang ada unsur-unsur yang dianggap boleh menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace adalah bertentangan dengan syariat Islam.

Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pihaknya akan memastikan semua kandungan di media sosial mengenai ajaran itu diturunkan segera bagi mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh.

Katanya, langkah bagi menurunkan kandungan ajaran Ahmadi di media sosial itu sudah dibincangkan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan lanjut daripada PDRM berhubung perkembangan siasatan ajaran berkenaan.

Sebelum ini, kumpulan itu dikesan menggunakan media sosial untuk menyebarkan ajarannya termasuk mengadakan penstriman langsung di aplikasi TikTok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini