PRU15: Polis siasat kes petugas bilik gerakan mengundi ditampar, tak beri ‘duit minyak’ - Utusan Malaysia

PRU15: Polis siasat kes petugas bilik gerakan mengundi ditampar, tak beri ‘duit minyak’

pru15
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tampar petugas bilik gerakan mengundi selepas berang tidak diberikan ‘duit minyak’ berjumlah RM20 antara kes disiasat Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) semalam.

Setakat pukul 11.59 malam (semalam), sebanyak 20 kertas siasatan iaitu empat masing-masing di Selangor dan Kuala Lumpur; Sarawak (3); Sabah (2) dan satu kes di tujuh buah negeri membabitkan pelbagai kesalahan ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengarah Op PRU15 PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, bagi kes di Perak, kejadian berlaku pada 11.30 malam, Selasa lalu apabila pengadu didatangi dua suspek iaitu pasangan suami isteri yang turut bertugas sebagai petugas bilik gerakan.

Katanya, suspek meminta wang peruntukan minyak kenderaan RM20 selepas mengikuti program jelajah Perikatan Nasional, Ahad lalu.

“Bagaimanapun pengadu memaklumkan suspek bahawa parti tidak menyediakan wang peruntukan selain wang tunai RM20 diberi atas ihsan pengadu sebelum suspek wanita bertindak menampak muka pengadu.

“Turut disiasat tindakan memuat naik gambar kertas undi di media sosial oleh pemilik akaun Twitter, @LADY_BUGG11 di bawah Seksyen 5 (6) Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis juga ada menjalankan siasatan terhadap dua kes khianat di Wangsa Maju berkaitan satu papan tanda Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diconteng perkataan ‘babi’ di bahagian muka manakala satu lagi laporan berkaitan bunting dan poster calon PH ditampal pelekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihak polis turut melakukan tiga tangkapan di Pahang manakala satu di Sarawak.

Jelas beliau, sebanyak 2,148 permit ceramah diberikan di seluruh negara.

“Permit paling banyak dikeluarkan di Sabah (326), Pahang (300), Sarawak (293), Perak (221) dan Johor (208).

“Selain itu, sebanyak 180 permit dikeluarkan di Kedah, Kelantan (147), Selangor (112), Melaka (94), Terengganu (89), Pulau Pinang (40), Perlis (23) dan Kuala Lumpur (12),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya