Tiada pelantikan Exco baharu, Ismail tunggu keputusan mahkamah - Utusan Malaysia

Tiada pelantikan Exco baharu, Ismail tunggu keputusan mahkamah

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiada pelantikan baharu bagi Ahli Majlis Mesyua­rat Kerajaan Negeri (Exco) Ne­geri Sembilan dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim sebaliknya berkata, sebarang perkara mengenainya akan menunggu keputusan mahkamah berhubung kesa­hihan pembatalan pelantikan 10 bekas Exco negeri sebelum ini.

“Buat masa ini, kami ­sudah membawa perkara itu ke mah­kamah, jadi kita tunggu pro­ses mahkamah. Mungkin ada per­bincangan, tetapi saya tidak pasti. Kita lihat bagaimana ke­adaan seterusnya,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau ditemui selepas me­lawat mangsa kebakaran empat buah rumah di Ampangan baru-baru ini yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Gedong Lalang 162 di sini semalam.

Dalam pada itu, Ismail menafikan dakwaan bahawa beliau merancang menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, minggu ini.

“Dari mana kamu dengar perkara itu? Buat masa ini, tiada perancangan untuk berbuat demikian,” katanya.

Beliau dalam pada itu menafikan khabar angin akan melepaskan jawatannya sebaliknya menegaskan masih mendapat sokongan penuh daripada 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan yang lain.

Beliau berkata, tumpuannya ketika ini adalah untuk memastikan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 dapat dibentangkan pada 27 November ini.

“Itu semua khabar angin sahaja. Memang banyak khabar angin yang tersebar tetapi saya mendapat sokongan penuh ADUN kerajaan.

“Belanjawan ini penting. Saya berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama menje­lang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya kita dapat membentangkan dan meluluskannya dengan jayanya,” ­katanya.

Menurut Ismail, persiapan belanjawan kini berada di peringkat akhir dengan kerjasama penjawat awam negeri, khususnya ketua-ketua jabatan.

Katanya, barisan pentadbiran negeri akan mengadakan satu lagi pertemuan untuk memuktamadkan belanjawan berke­naan kelak.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini