Anggota Maritim Malaysia maut ketika kejar PATI

Anggota Maritim Malaysia maut ketika kejar PATI

ANTARA PATI yang ditahan dalam bot yang dikejar Maritim Malaysia sehingga menyebabkan seorang anggota pasukan itu terkorban manakala tiga lagi cedera di Kuala Perlis, Perlis, malam kelmarin. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Tindakan agresif pendatang asing tanpa izin (PATI) menyebabkan seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terkorban manakala tiga anggota yang lain cedera ketika operasi pemantauan dan kawalan sempadan di perairan Kuala Sungai Padang, di sini kelmarin.

Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd. Roshaimi Mohd. Ridzuan, 41, yang bertugas di Unit Perisikan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Kedah/Perlis mening­gal dunia selepas bot dinaiki ketika mengejar suspek terlanggar bongkah konkrit di kawasan Sungai Padang yang turut menyebabkan tiga anggota lain tercampak keluar.

Meskipun cedera, dua anggota yang masih berada di dalam bot berkenan tetap meneruskan usaha mengejar PATI tersebut sehingga kesemua mereka berjaya ditahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Situasi tersebut turut menye­babkan anggota terlibat terpaksa melepaskan 10 das tembakan ba­gi mempertahankan diri.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, ketika kejadian, ang­gota terlibat mengesan bot enjin sangkut dinaiki PATI berkenaan sekitar pukul 11 malam di perairan sekitar Kuala Sanglang di sini.

Katanya, anggota Maritim Malaysia tersebut mengejar bot PATI berkenaan dan dalam keadaan gelap itu turut berlaku himpit menghimpit antara dua bot berkenaan.

“Situasi mengejar bot PATI berkenaan dalam tempoh kira-kira 15 minit namun malangnya bot Maritim Malaysia telah terlanggar satu bongkah konkrit yang berada di kawasan Sungai Padang yang menyebabkan tiga anggota telah tercampak keluar,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Zon Kuala Perlis semalam.

Romli berkata, susulan itu, dua anggota yang masih berada di dalam bot meneruskan usaha mengejar bot PATI tersebut sehingga berjaya ditahan pada pukul 11.45 malam.

Katanya, kesemua 11 PATI dikenal pasti berada dalam bot tersebut terdiri daripada sembilan warga Myanmar dan dua tekong rakyat Thailand.

“Operasi mencari dan menyelamat juga segera dilaksanakan bagi mengesan anggota yang hilang tersebut dan mayat mangsa ditemukan terapung sekitar pukul 1.30 pagi.

“Tiga daripada anggota ka­mi mengalami kecederaan pa­tah pergelangan tangan, ke­sakitan di bahagian dada ser­ta bahagian rusuk kiri serta ka­nan,” katanya.

Romli berkata, mayat anggota tersebut dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB) Alor Setar, untuk proses bedah siasat manakala anggota ce­dera dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Katanya, pemergian anggota berkenaan merupakan satu kehilangan besar memandangkan Allahyarham sedang ber­khidmat dan berkorban untuk keselamatan negara.

“Semua PATI dan tekong terlibat ditahan untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan un­dang-undang berkuatkuasa.

“Anggota Maritim Malaysia sentiasa bersedia 24 jam tanpa mengira keadaan cuaca atau laut demi mengekang ancaman daripada luar. Kami di Maritim Malaysia juga memberi penghargaan tinggi atas semangat dan jasa-jasa anggota berkenaan selama ini,” katanya.

Sementara itu, Perdana Men­teri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua pasukan penguatkuasaan untuk bertindak tegas tanpa kompromi terhadap sebarang cubaan menceroboh sempadan negara.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini