Rafizi dakwa Ramanan dibenar bertanding dalam PRU15 selepas dirayu Anwar

Rafizi dakwa Ramanan dibenar bertanding dalam PRU15 selepas dirayu Anwar

rafizi
RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa, pelantikan Datuk Seri R. Ramanan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dibuat selepas rayuan Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi berkata, beliau turut meminta Anwar berjanji bahawa Ramanan tidak akan dilantik ke sebarang jawatan dalam parti mahupun kerajaan.

“Saya tetap tidak berganjak dan menyatakan keputusan Jawatankuasa Calon bahawa R. Sivarasa adalah calon yang lebih sesuai dari segenap aspek.

“Akhirnya, Anwar, dalam keadaan kami duduk sama-sama, memegang lutut saya dan merayu untuk lepaskan Ramanan jadi calon,” kata Rafizi menerusi satu video hari ini.

Menurut Rafizi, Anwar bersetuju dengan syarat tersebut dan menegaskan beliau tidak mahu Rafizi membuat kecoh.

Beliau hanya meminta janji supaya Ramanan tidak dilantik ke jawatan lebih tinggi sama ada dalam parti atau kerajaan jika menang.

Bagaimanapun, Rafizi berkata, janji itu dilanggar apabila Ramanan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam rombakan Kabinet pada akhir 2023, sebelum dinaikkan pangkat menjadi Menteri Sumber Manusia.

Pertikaian tersebut timbul ekoran kekecohan dalam Konvensyen Keadilan Johor antara Ramanan, dengan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Pertelingkahan menyusul selepas kritikan awal dilontarkan Ramanan terhadap Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi, selepas tidak menghadiri konvensyen berkenaan.

“Lain kali kalau pilih Menteri Ekonomi perlu pilih baik-baik,” sindir Ramanan.

Hassan kemudian mencelah dengan membantah kenyataan yang dianggapnya sebagai menyasarkan individu tertentu.
“Ini adalah konvensyen, bukan tempat untuk menyerang individu!” kata Hassan yang kelihatan kesal sambil diperhatikan oleh perwakilan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN