Calon Muda dakwa bawa telefon bimbit tidak ditegah

Calon Muda dakwa bawa telefon bimbit tidak ditegah

PETUGAS Pusat Mengundi membuat persiapan akhir ketika tinjauan di SK Presint 9 (1), Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Parlimen Tanjung Piai, Lim Wei Jeit mendakwa larangan membawa telefon bimbit ketika mengundi tidak dikuatkuasakan oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, SPR sebelum ini meletakkan peraturan di mana telefon bimbit perlu diletakkan di  jagaan pegawai semasa memangkah undi.

“Mengikut apa yang saya baru lalui tadi, peraturan SPR yang handphone (telefon bimbit) perlu diletakkan ke dalam jagaan pegawai semasa anda memangkah undi itu tidak dikuatkuasakan. Ini penting untuk mencegah sogokan dan penipuan.

“Harap PACA (Ejen Tempat Undi dan Ejen Mengira Undi) dan SPR beri perhatian serius,” katanya dalam ciapan Twitter beliau hari ini.

SPR sebelum ini  mengeluarkan larangan penggunaan telefon bimbit di dalam tempat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dimaklumkan menerusi infografik ’10 langkah pengundian pada hari mengundi’ yang dimuat naik suruhanjaya tersebut di media sosialnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.