BN pertahan Melaka

BN pertahan Melaka

AHMAD Zahid Hamidi bersama rakan pemimpin parti Barisan Nasional dan Perikatan Nasional meraikan kejayaan memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka di Ayer Keroh, Melaka, malam tadi. – mingguan/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Gabungan Barisan Na­sional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memperoleh mandat mentadbir Melaka selepas berjaya memperoleh majoriti dua pertiga dengan menang 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Ne­geri (PRN) Melaka Ke-16.

Berdasarkan keputusan ti­dak rasmi, setakat pukul 8.50 malam tadi, antara kerusi yang dimenangi BN ialah DUN Ayer Molek, Lendu, Tanjung Bidara, Sungai Udang, Taboh Naning, Asahan, Ayer Limau, Duyong, Rim, Sungai Rambai, Merlimau, Machap Jaya, Serkam, Rembia, Kuala Linggi, Gadek, Klebang dan Telok Emas.

PN pula menang di Paya Rumput dan Bukit Katil menerusi M­uhammad Ridzuan Mohd. Sa­rif sekali gus menewaskan pe­nyandang yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari. PN juga menang di kerusi Bemban.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, PH dilaporkan menang di Ayer Keroh, Kesidang, Banda Hilir dan Kota Laksamana.

Sementara itu, sehingga pin­­tu pusat mengundi ditutup pukul 6 petang semalam, jumlah Peratusan Keluar Mengundi (VTO) secara masa nyata (real time) yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi 70.59 peratus bersamaan 472,377 pengundi berdaftar.

Suasana gamat menyelu­bungi Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini apabila kemenangan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi berkata, kerjasama Muafakat Melaka itu berjaya menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

Beliau berkata, jelas terbukti gabungan BN, PN menambat hati rakyat pelbagai kaum di Melaka.

“UMNO, Pas, MCA, MIC, Wawasan, Gerakan dan Friends of BN semuanya memberi soko­ngan dan dokongan untuk kita. Marilah sama-sama kita saksikan agenda Melaka Maju,” katanya.

Turut hadir di MITC ialah Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan pimpinan parti komponen.

PN pula diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Di DUN Tanjung Bidara, Ab. Rauf bukan sahaja mempertahankan kerusi itu malah me­raih majoriti besar lebih 8,650 undi berbanding hanya 364 undi pada PRN Melaka 2021.

Ab. Rauf menewaskan calon PH, Mohd. Yunazri Mustamiri.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini