MELAKA: Seramai 15 calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) hilang wang deposit selepas gagal memperoleh undi minimum dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.
Turut menerima nasib sama ialah lima calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan seorang calon Pakatan Harapan (PH).
Bersama hilang deposit di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Sungai Udang, Paya Rumput, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Telok Mas dan Serkam.
Bersatu pula di Sungai Udang, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh dan Bemban manakala PH di Serkam.
PRN Melaka Ke-16 menutup tirai dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menang di 24 daripada 28 kerusi DUN.
PH pula mempertahankan empat kerusi bandar ditandingi DAP iaitu Ayer Keroh, Bandar Hilir, Kesidang dan Kota Laksamana.
PH kehilangan Bukit Katil yang menyaksikan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari tewas kepada calon PN, Muhammad Ridzuan Mohd. Sarif.
Berikut merupakan 24 kerusi dimenangi BN dan PN:
- Kuala Linggi
- Tanjung Bidara
- Ayer Limau
- Lendu
- Taboh Naning
- Rembia
- Gadek
- Machap Jaya
- Durian Tunggal
- Asahan
- Sungai Udang
- Pantai Kundor
- Paya Rumput (PN)
- Kelebang
- Pengkalan Batu
- Bukit Katil (PN)
- Ayer Molek
- Duyong
- Telok Mas
- Bemban (PN)
- Rim
- Serkam
- Merlimau
- Sungai Rambai
– UTUSAN











