PRN Melaka: BN kuasai lebih 50 peratus kerusi

PRN Melaka: BN kuasai lebih 50 peratus kerusi

RAMLAN Harun (dua kanan) ketika mengumumkan keputusan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Ayer Keroh, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai lebih 50 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka selepas memenangi 15 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, BN memperoleh 15 kerusi setakat pukul 9.40 malam manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi dua kerusi dan Perikatan Nasional (PN) satu kerusi.

“Barisan Nasional telah memenangi sejumlah 15 kerusi daripada 28 kerusi yang diperuntukkan dan dengan ini berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, Barisan Nasional boleh membentuk kerajaan dengan keputusan majoriti mudah,” katanya ketika mengumumkan keputusan PRN Melaka ke-16 di Ayer Keroh, malam ini.

Tambahnya, keputusan seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini