Zelensky umum guna peluru berpandu balistik baharu - Utusan Malaysia

Zelensky umum guna peluru berpandu balistik baharu

VOLODYMYR Zelensky mendedahkan penggunaan peluru berpandu balistik taktikal FP-7 dalam pertempuran dengan Russia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine menggunakan peluru berpandu balistik taktikal FP-7 dalam pertempuran dengan Russia buat kali pertama, menurut Presiden Volodymyr Zelensky.

“Penggunaan pertama da­lam pertempuran. Terima kasih atas hasilnya. Seterusnya (adalah) pengeluaran,” kata Zelenskyy dalam hantaran di Telegram.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi atau cara FP-7 itu digunakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengeluarnya, Fire Point berkata, senjata itu sedang dibangunkan sebagai pemin­tas peluru berpandu dalam program pertahanan Eropah yang dikenali sebagai Freyja dan dilancarkan tahun ini.

Penganalisis ketenteraan Ukraine menyifatkan FP-7 sebagai peluru berpandu jarak dekat mencecah kira-kira 200 kilometer dan menyamakannya dengan sistem peluru berpandu taktikal Tentera Darat Amerika Syarikat (ATACMS), tetapi pada kos jauh lebih rendah.

Walaupun kapasiti pengeluarannya masih jauh ke­tinggalan berbanding Russia, Ukraine menganggap penghasilan sendiri peluru berpandu balistik taktikal penting untuk menghadapi serangan Moscow yang kerap menggunakan senjata berkenaan terhadap Kyiv.

Pada Khamis, dron Russia membedil sebuah sekolah di Kyiv dan jambatan pen­ting merentasi Sungai Dnipro, mencetuskan kebakaran besar di ibu negara itu, menurut pegawai.

Sekolah berkenaan di­serang pada awal pagi. Namun, semua pelajar berada di tempat perlindungan dan tiada kecederaan dilaporkan, menurut pihak berkuasa bandar.

Dalam perkembangan lain, Ukraine meneruskan sera­ngan terhadap kilang penapisan minyak Russia, meskipun mendapat tentangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN