MPKu dipilih Perbandaran terbaik 2026

MPKu dipilih Perbandaran terbaik 2026

MAJLIS Perbandaran Kulai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) meraih tempat pertama Anugerah Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi kategori Perbandaran tahun ini.

Dalam majlis penganugerahan tersebut pada 12 September lalu, MPKu meraih 96.29 peratus mengatasi Majlis Perbandaran Hulu Selangor (96.23), Perbandaran Putrajaya (95.03) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (94.40).

Yang di-Pertua MPKu, Muhammad Shahril Azizi Abd. Ghapar berkata, ini merupakan pencapaian membanggakan setelah mendapat tempat keempat dalam Sistem Penarafan Bintang (SPB) PBT sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, markah penuh bagi Kajian Tahap Rasuah Perkhidmatan Awam (PSCR) membantu kejayaan MPKu meraih tempat pertama mengatasi 41 Majlis Perbandaran di seluruh negara.

“Terdapat enam komponen yang diambil kira dalam penarafan tersebut dengan tiga daripadanya mendapat markah penuh bagi kriteria Pengurusan, PSCR dan Sijil Ketua Audit Negara yang menyumbang 20 peratus.

“Bagi Perkhidmatan Teras, MPKu mendapat 43.33 daripada 45 peratus, Pengurusan Pelanggan 13.33 daripada 15 peratus dan Penyertaan Komuniti 14.63 daripada 15 peratus,” katanya selepas menerima Lawatan Penandarasan Pengurusan Aduan dan Khidmat Pelanggan Majlis Perbandaran Ampang Jaya ke bangunan MPKu, di sini semalam.

Selain MPKu, tiga Majlis Perbandaran di Johor yang turut mendapat penarafan lima bintang ialah Majlis Perbandaran Batu Pahat (90.31 peratus), Majlis Perbandaran Pontian (90.35 peratus) dan Majlis Perbandaran Kluang (90.64 peratus).

Muhammad Shahril berkata, pencapaian tersebut merupakan usaha gigih kakitangan MPKu termasuk bekas Yang Dipertua terdahulu yang berganding bahu dan bekerja keras sebelum ini.

“Tanpa kerjasama daripada semua mereka termasuk pegawai serta staf-staf daripada MPKu, tak mungkin kita dapat anugerah ini. Tak lupa juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor banyak bagi nasihat, panduan dan bimbingan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×