Dokumentari dedah kekejaman Israel ditayang di PBB

Dokumentari dedah kekejaman Israel ditayang di PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Filem dokumentari NAZA yang mendedahkan pembunuhan Israel terhadap orang awam di Gaza ditayangkan di Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva semalam, lapor Anadolu.

Tayangan itu dianjurkan oleh Misi Pemerhati Tetap Palestin ke PBB di Geneva.

Filem terbitan The Guardian itu mendapat perhatian di Festival Filem Venice apabila menerima tepukan gemuruh selama 25 minit sebelum memenangi Anugerah Khas Juri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarahnya, Abraham dan Szor, menerima anugerah berkenaan dengan Abraham turut membangkitkan kempen memburukkan filem itu di Israel serta usaha menghalang pendedahan fakta yang diketengahkan dalam dokumentari berkenaan.

NAZA merupakan singkatan yang digunakan oleh direktorat perisikan tentera Israel, Aman, bagi merujuk kepada jumlah orang awam yang dijangka terbunuh dalam sesuatu serangan udara.

Dokumentari itu dirakam secara rahsia di atas bumbung bangunan di Tel Aviv selama tiga tahun, manakala identiti, suara dan wajah peserta diubah secara digital bagi melindungi keselamatan mereka.

Peserta dokumentari berkenaan turut mendedahkan sistem pengawasan yang digunakan dalam serangan Israel serta operasi pengeboman jarak jauh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini