Urusan perdagangan dengan Israel diharamkan - Utusan Malaysia

Urusan perdagangan dengan Israel diharamkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 Mac 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak hari ini mengarahkan pengharaman perdagangan eksport dan import dengan negara Israel.

Pengharaman perdagangan Malaysia dengan Israel itu dibuat hasil daripada Sidang Kemuncak Negara-Negara Islam di Lahore, Pakistan. Pada tahun 1971, Malaysia mengimport barang-barang berjumlah RM11.1 juta dari Israel dan mengeksport barang bernilai RM2.05 juta kepadanya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 5 Mac 1973Kesatuan Pelajar-Pelajar Kebangsaan Malaysia mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengenai penubuhan Yayasan Sukan Pelajar-Pelajar Universiti ASEAN.
  • 5 Mac 1974 Putera Sultan Perak, Raja Izuddin Iskandar Shah, 21 tahun yang merupakan Raja Kecil Bongsu Perak mengikat tali pertunangan dengan kerabat Diraja Selangor, Tengku Noor Hazah Tengku Abdul Aziz Shah, 18 tahun.
  • 5 Mac 1975 – Pada tahun 1974, bilangan penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 11.6 juta orang, manakala jumlah penduduk dunia pula hampir mencecah empat bilion.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya