Suami isteri dijumpai meninggal tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap

Suami isteri dijumpai meninggal tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap

KIBIN Jaya ketika ditemui di rumah mangsa di Taman Mutiara, Jalan Brayun, Sri Aman petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRI AMAN: Bapa kepada jururawat yang ditemukakan meninggal dunia bersama suaminya di rumah mereka di Taman Mutiara, Jalan Brayun memberitahu tidak melihat sebarang perubahan sikap antara anak dan menantunya sebelum ini.

Kibin Jaya, 68, berkata dia selalu pergi ke rumah mereka dan kali terakhir mereka berjumpa adalah pada dua hari lepas.

“Memang saya ada berjumpa mereka dan selalu ke sini (rumah mangsa).

“Kedua-duanya seperti biasa, tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya yang ditemui.

Justeru, beliau berharap agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian.

Kibin turut memberi kepercayaan penuh kepada pihak polis untuk menyiasat kejadian.

“Biarlah pihak polis menyiasat, biar mereka tengok apakah bukti atau sebabnya.

“Kami tunggu keputusan siasatan penuh pihak polis,” katanya.

Kibin juga berkata akan mengambil alih urusan penjagaan ketiga-tiga cucunya yang masing-masing berusia sembilan, 16 dan 17 tahun.

Terdahulu, Andy Roy Junran yang merupakan Guru Besar di SK Sbangki dan isterinya, Angeline Kibin yang merupakan jururawat di Hospital Sri Aman ditemukan meninggal dunia di rumah mereka dengan kesan kecederaan serius di badan.

Mayat kedua-duanya yang berlumuran darah dijumpai oleh anak mereka kira-kira pukul 6.55 pagi, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata kes sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan(Bunuh). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN