Tiada unsur jenayah pecah rumah berkaitan kes kematian suami isteri di Sri Aman

Tiada unsur jenayah pecah rumah berkaitan kes kematian suami isteri di Sri Aman

ANGGOTA polis membawa keluar kedua-dua jasad mangsa dari rumah mereka di Taman Mutiara, Jalan Brayun, Sri Aman semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Tiada unsur jenayah pecah rumah dikenal pasti dalam kes sepasang suami isteri yang ditemukan meninggal dunia di rumah mereka di Taman Mutiara, Jalan Brayun, Sri Aman semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata hasil pemeriksaan polis di rumah pasangan terbabit mendapati tiada barangan berharga dilaporkan hilang.

“Siasatan awal telah dijalankan oleh pasukan forensik di lokasi semalam untuk mengumpul bukti yang boleh membantu siasatan.

“Bagaimanapun, setakat ini kami masih belum menemui petunjuk mengenai punca kematian pasangan berkenaan,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Justeru, katanya motif dan punca kejadian masih dalam siasatan serta polis kini giat mengumpul bukti serta mendapatkan keterangan saksi bagi membantu siasatan.

Beliau menambah setakat ini, pihaknya juga masih belum menahan mana-mana suspek berkaitan kes berkenaan.

Menurut Mohd Zainal, mayat pasangan berusia 45 dan 44 tahun itu dijumpai oleh anak-anak mereka selepas bangun tidur pada awal pagi.

Katanya, jasad kedua-dua mereka telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian serta jenis kecederaan yang dialami kedua-dua mangsa.

Pada pagi semalam, seorang lelaki yang merupakan Guru Besar di SK Sbangki dan isterinya, jururawat di Hospital Sri Aman ditemukan meninggal dunia dengan kecederaan serius pada badan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN