Laman web korporat Bank Rakyat tidak dapat diakses - Utusan Malaysia

Laman web korporat Bank Rakyat tidak dapat diakses

LAMAN web korporat Bank Rakyat dilaporkan tidak dapat diakses buat sementara waktu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Laman web korporat Bank Rakyat dilaporkan tidak dapat diakses buat sementara waktu.

Menerusi pemakluman kepada pelanggan, bank itu menasihatkan orang ramai supaya menggunakan saluran alternatif bagi mendapatkan perkhidmatan perbankan digital sepanjang tempoh berkenaan.

Antara platform yang boleh digunakan ialah aplikasi iRakyat, BRICK, QR2E dan i-bizRAKYAT.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bank Rakyat turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pelanggan serta menghargai kesabaran mereka sepanjang gangguan berkenaan.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diberikan berhubung punca gangguan atau tempoh yang diperlukan untuk memulihkan akses laman web korporat itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini