PARLIMEN: RM7 juta diperuntuk hadapi Monsun Timur Laut

PARLIMEN: RM7 juta diperuntuk hadapi Monsun Timur Laut

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM7 juta bagi menampung perbelanjaan segera semua negeri dan agensi berkaitan, bagi memastikan koordinasi serta operasi tindak balas berjalan lancar sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, peruntukan itu disalurkan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) termasuk bagi pelaksanaan Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang mula diberikan sempena musim MTL 2025–2026.

“Ini penting untuk membantu mereka yang menjadi mangsa bencana. Pembayaran BWI akan dibuat berdasarkan pendaftaran ketua isi rumah (KIR) mangsa bencana melalui sistem MyInfo Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bayaran akan dibuat terus kepada KIR oleh Bank Simpanan Nasional sebagai bank pembayar yang dilantik, dalam tempoh satu hingga tiga hari selepas pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN–Padang Terap) yang bertanya sama ada kerajaan bersedia menyediakan insentif kewangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu mangsa banjir secara sukarela di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN