Kerajaan pantau rapi keselamatan 34 rakyat Malaysia sertai GSF

Kerajaan pantau rapi keselamatan 34 rakyat Malaysia sertai GSF

FAHMI Fadzil ketika sidang akhbar melawat SNCC di Sepang, Selangor. - UTUSAN/NURIN NABILAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kerajaan memberi jaminan keselamatan 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, dalam tempoh beberapa hari ini, kebanyakan daripada 47 buah bot itu, dijangka memasuki zon kuning berhampiran perairan Gaza yang berisiko tinggi berdepan gangguan tentera Israel.

“Berdasarkan sejarah, semua bot yang cuba masuk ke Gaza sebelum ini diganggu dan akhirnya berlaku interception (pintasan) dalam zon merah.

“Sebelum ini, sudah berlaku insiden di kapal Alma dan beberapa insiden lain. Jadi kali ini, kita menjangka gangguan boleh berlaku lebih awal di zon kuning,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Operasi Sumud Nusantara (SNCC), di sini hari ini.

Menurutnya, pihak kerajaan melalui Wisma Putra akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa kepada keluarga serta media mengenai keselamatan peserta misi tersebut.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Itali dan Sepanyol yang menghantar kapal pesisir bagi mengiringi misi kemanusiaan itu.

“Kehadiran dua kapal daripada negara yang sebelum ini sekutu Israel, tetapi kini mengiktiraf Palestin, adalah petanda penting bahawa pandangan dunia telah berubah.

“Dunia kini tidak lagi berdiam diri dan membenarkan negara haram Israel dengan rejim zionisnya melakukan apa sahaja yang mereka mahukan.

“Ini detik bersejarah untuk bersama-sama menuntut keadilan Palestin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN