Bersatu tarik diri di Gadek

Bersatu tarik diri di Gadek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, meskipun parti itu mengumumkan untuk meletakkan calon di situ.

Semakan di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati, kerusi itu menyaksikan pertandingan empat penjuru tanpa penyertaan Bersatu.

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Timbalan Pengerusi MIC Melaka, S. Nadarajah bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berdepan tiga pencabar iaitu Pakatan Harapan (PH), Jegasilan Kungamboo; calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), B. Laveen dan calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Laila Norinda Maon.

Sebelum ini, Bersatu mengumumkan Mohd. Zamri Abu Bakar sebagai calon DUN Gadek.

Pada PRN Melaka 2021, BN yang diwakili Datuk VP. Shanmugam memenangi Gadek dengan majoriti 559 undi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini