Acosta juara pecut GP Malaysia

Acosta juara pecut GP Malaysia

REAKSI Pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Pedro Acosta selepas meraih kemenangan bagi acara pecut pada perlumbaan Petronas Grand Prix 2026 (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang di sini hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pedro Acosta membuktikan dirinya antara pencabar utama di Sepang apabila pelumba Red Bull KTM itu menakluk perlumbaan pecut Grand Prix (GP) Malaysia, sekali gus membawa bekalan keyakinan menjelang perlumbaan utama esok.

Bermula dari petak ketiga, Acosta memilih pendekatan berhati-hati dengan mengekori kelompok hadapan sebelum meningkatkan tekanan terhadap Ai Ogura ketika saingan memasuki fasa penentuan.

Namun, perubahan cuaca hampir merencatkan misinya apabila hujan mula membasahi litar ketika perlumbaan berbaki lima pusingan, memaksa beberapa pelumba membuat keputusan untuk menukar jentera bagi menggunakan tayar hujan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam keadaan mencabar itu, Acosta kekal tenang dan berjaya mengawal tunggangannya sebelum melintasi garisan penamat sebagai pemenang dengan catatan masa 20 minit 04.09 saat (s).

Kemenangan itu menyaksikan pelumba Sepanyol berkenaan mengatasi Marc Marquez yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua, manakala Marco Bezzecchi melengkapkan podium selepas menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Kejayaan tersebut pastinya menjadi suntikan moral buat Acosta yang kini memiliki momentum positif untuk mencabar kemenangan dalam perlumbaan utama, terutama jika keadaan litar sekali lagi berubah akibat cuaca.

Namun, dengan persaingan sengit yang dijangka berterusan di Sepang, Acosta perlu mengulangi ketenangan dan ketepatan strategi yang ditampilkan dalam perlumbaan pecut sekiranya mahu sekali lagi meninggalkan pencabar di belakang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini