Perkukuh pendidikan Islam, tangani gejala sosial - Utusan Malaysia

Perkukuh pendidikan Islam, tangani gejala sosial

ANWAR Ibrahim semasa berucap merasmikan Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pendidikan berteraskan nilai Islam perlu diperkukuh dari peringkat awal bagi menangani peningkatan masalah sosial termasuk buli, penderaan dan jenayah dalam masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tanggungjawab membentuk generasi berakhlak bukan hanya terletak pada kerajaan sebaliknya memerlukan penglibatan ibu bapa, guru, pendidik dan semua pihak.

 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kemajuan pendidikan dan penguasaan teknologi baharu tidak membawa makna sekiranya gagal melahirkan insan yang mempunyai adab, akhlak serta nilai kemanusiaan.

 

“Negara tidak seharusnya hanya mengejar kecemerlangan akademik sehingga mengabaikan pembentukan sahsiah generasi muda.

 

“Kalau kita mengejar kemajuan dan pelajaran tetapi buli serta mendera kawan-kawan masih berlaku, itu maknanya pendidikan yang tidak mendekatkan akhlak dan adab,” katanya kepada semasa berucap merasmukan Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan, di sini hari ini.

 

Anwar berkata, pendidikan negara perlu berteraskan prinsip pembentukan adab dan akhlak sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW.

 

Kata beliau, pertambahan sekolah agama, maahad tahfiz dan institusi pendidikan Islam perlu disusuli penghayatan nilai Islam dalam kehidupan bagi memastikan masalah keruntuhan akhlak dapat ditangani.

 

“Isu buli, penderaan dan kejadian bunuh diri juga perlu diberikan perhatian serius dengan melihat semula keberkesanan pendekatan pendidikan serta tanggungjawab semua pihak,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini