MCMC bawa aduan kepada platform tanpa pilih kasih - Fahmi

MCMC bawa aduan kepada platform tanpa pilih kasih – Fahmi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanjangkan aduan berkaitan kandungan media sosial kepada platform tanpa sebarang unsur pilih kasih.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setiap platform media sosial mempunyai garis panduan komuniti masing-masing dan keputusan akhir untuk menurunkan sesuatu kandungan terletak pada platform berkenaan.

Menurut beliau, MCMC sebagai badan berkanun bertanggungjawab membawa aduan yang diterima daripada orang ramai kepada perhatian platform untuk penilaian lanjut.

Katanya, orang ramai juga tidak semestinya perlu bergantung kepada MCMC semata-mata kerana laporan boleh dibuat terus kepada platform media sosial melalui fungsi laporan yang disediakan pada setiap kandungan.

“Dalam setiap kandungan ada satu butang yang boleh ditekan untuk mana-mana pihak melapor terhadap sesuatu kandungan.

“Bagi MCMC, mereka akan mendapat aduan dan panjangkan kepada platform tanpa bias, tanpa fear or favour,” katanya dalam sidang media mingguan, hari ini.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan terdapat kandungan bersifat kritikal terhadap kerajaan diturunkan atau disiasat MCMC.

Beliau berkata, tidak semua kandungan yang dibawa kepada perhatian platform akan diturunkan kerana keputusan itu tertakluk kepada penilaian platform berkenaan.

“Bukan semua yang MCMC bawa kepada perhatian platform media sosial diturunkan. Malah banyak sebenarnya yang tidak diturunkan.

“Akhirnya terpulang kepada platform untuk turunkan atau tidak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN