Menteri akhirnya akui sukar padam kebakaran hutan di Indonesia - Utusan Malaysia

Menteri akhirnya akui sukar padam kebakaran hutan di Indonesia

ANGGOTA bomba bergelut memadamkan kebakaran belukar yang merebak pantas di tengah kepulan asasp tebal di Tegal Arum, Banjarbaru, Kalimantan Selatan.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia menafikan dakwaan lambat menangani kebakaran hutan dan tanah ketika jerebu rentas sempadan terus menjejaskan Malaysia.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Indonesia, Dudung Abdurachman berkata, kerajaan sedang meneruskan usaha menangani kebakaran, meskipun berdepan pelbagai cabaran yang menyukarkan operasi pemadaman.

Bekas Ketua Staf Presiden itu berkata, beliau sentiasa berhubung dengan  Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Suharyanto; Menteri Perhutanan, Raja Juli Antoni; dan Menteri Alam Sekitar, Jumhur Hidayat bagi memantau perkembangan di kawasan terjejas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Meja Penyelarasan Pengurusan Kebakaran Hutan dan Tanah, Dudung turut menerima laporan mengenai kesukaran yang dihadapi pegawai terbabit ketika melawat lokasi kebakaran.

“Menteri Perhutanan benar-benar serius menjalankan tugasnya. Orang ramai tidak tahu apa yang dilakukannya,” kata­nya menerusi sidang video.

Dalam temu bual selama kira-kira 45 minit itu, Dudung turut menjelaskan halangan yang menyebabkan kebakaran terus merebak dan menyukarkan usaha memadamkan api.

Beliau turut mengulas kritikan di media sosial berhubung jerebu dari Indonesia yang menjejaskan Malaysia, terma­suk dakwaan pegawai Indonesia tidak memberikan maklum balas terhadap tawaran bantuan kerajaan Malaysia.

Menurut analisis imej satelit oleh organisasi pemantau alam sekitar, Nusantara Atlas, lebih 1.9 juta hektar kawasan di Indonesia terbakar dalam tempoh Januari hingga akhir September tahun ini.

Pengasas Nusantara Atlas, David Gaveau berkata, keluasan kawasan terbakar yang dianggarkan 1,916,588 hektar itu hampir 12 kali ganda keluasan London tetapi angka sebenar berkemungkinan lebih besar.

Gaveau berkata, pengiraan tahun ini turut terjejas apabila jerebu tebal menghalang penglihatan imej satelit pada waktu tertentu.

“Justeru, jumlah keluasan kawasan terbakar yang dilaporkan adalah lebih rendah daripada keluasan sebenar,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini