Pogacar semakin sukar digugat

Pogacar semakin sukar digugat

TADEJ Pogacar - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Tadej Pogacar mengukuhkan statusnya selaku legenda basikal yang sukar digugat apabila muncul juara keseluruhan Tour de France buat kali keempat dalam tempoh enam tahun.

Pelumba Slovenia itu mengakhiri kayuhan terakhir di Paris dalam cuaca hujan dengan selesa selepas penganjur membuat keputusan kontroversi untuk ‘mengetepikan masa’ bagi mengelak risiko kemalangan di laluan berbatu licin sekitar Montmartre.

“Apabila mereka umumkan masa dinyahaktifkan untuk GC (pendahulu keseluruhan), saya sangat lega. Jadi saya cuma perlu ada kaki yang kuat untuk berada di depan.

“Saya cuba menyainginya tetapi topi saya untuk Wout. Dia memang sangat kuat… perlumbaan ini sangat menarik,” kata Pogacar.

Pogacar menang empat peringkat sepanjang perlumbaan termasuk di Mur de Bretagne dan Hautacam, selain memperagakan taktik matang dengan hanya mengekori rapat pencabar utama, Jonas Vingegaard di laluan Alps.

Juara bertahan dari Denmark itu gagal menandingi kehebatan Pogacar apabila terpaksa akur di tempat kedua, empat minit 24 saat di belakang selepas ‘hilang kaki’ di laluan berbukit dan ujian masa minggu kedua.

“Saya hadapi hari paling buruk dan juga terbaik dalam Tour kali ini,” kata Vingegaard.

Tempat ketiga keseluruhan dimiliki pendatang baharu dari Jerman, Florian Lipowitz, 24, yang turut mengetuai saingan pelumba bawah 26 tahun mengatasi bintang muda Scotland, Oscar Onley.

Antara bintang lain yang mencuri perhatian ialah Ben Healy dari Ireland yang bukan sahaja merangkul satu peringkat tetapi turut menyarung jersi kuning (pendahulu keseluruhan) selama dua hari dan memenangi anugerah pelumba paling berani. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN