Pogacar pecah rekod Alpe d'Huez

Pogacar pecah rekod Alpe d’Huez

Pelumba pasukan UAE Team Emirates - XRG, Tadej Pogacar melepasi garisan penamat untuk memenangi perlumbaan peringkat Tor de France sejauh 127.9 kilometer dari Gap ke Alpe d'Huez, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALPE D’HUEZ: Pelumba Slovenia Tadej Pogačar terus membuktikan kehebatannya apabila memenangi peringkat ke-19 Tour de France dengan catatan rekod baharu di pendakian ikonik Alpe d’Huez, sekali gus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan perlumbaan.

Juara bertahan itu melancarkan serangan ketika perlumbaan berbaki 12 kilometer sebelum berjaya memintas Richard Carapaz dan Lenny Martinez dalam dua kilometer terakhir.

Pogacar kemudian meninggalkan kedua-dua pencabarnya apabila berbaki 800 meter ke garisan penamat, sekali gus memadam rekod pendakian Alpe d’Huez yang dipegang legenda Itali, Marco Pantani, sejak 31 tahun lalu.

Beliau menamatkan pendakian sejauh itu dalam masa 35 minit 26 saat, lebih seminit pantas berbanding rekod yang dicatat Pantani pada 1995.

“Sangat istimewa dapat menang di sini. Suasananya sungguh luar biasa.

“Kejayaan ini adalah hasil kerja keras seluruh pasukan. Hari ini saya berlumba untuk rakan sepasukan dan kemenangan ini amat bermakna,” katanya.

Beberapa pelumba UAE Emirates-XRG dilaporkan bergelut dengan masalah kecederaan dan penyakit manakala Brandon McNulty menarik diri daripada perlumbaan sehari sebelum itu akibat simptom seperti selesema.

Kemenangan itu merupakan yang kelima buat Pogacar dalam edisi kali ini dan kemenangan peringkat ke-26 sepanjang kariernya di Tour de France sejak penampilan sulung pada 2020.

Lebih menarik, ia juga kemenangan pertama Pogačar di Alpe d’Huez, meskipun beliau telah mendominasi saingan berbasikal dunia sejak beberapa tahun lalu.

Lenny Martinez menamatkan perlumbaan di tempat kedua, enam saat di belakang Pogacar, manakala pemenang peringkat ke-18, Richard Carapaz, melengkapkan kedudukan podium dengan ketinggalan sembilan saat.

Keputusan itu menyaksikan Pogacar kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan kelebihan melebihi tujuh minit ke atas juara Olimpik, Remco Evenepoel yang menamatkan peringkat berkenaan di tempat keenam.

Dengan hanya dua peringkat berbaki, Pogacar kini semakin hampir untuk menyamai rekod lima gelaran Tour de France. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN