Halangan ‘Tembok Besar’ menanti Tang Jie-Ee Wei

Halangan ‘Tembok Besar’ menanti Tang Jie-Ee Wei

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengetepikan wakil Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai 22-20, 21-12 di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, China, semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Halangan ‘Tembok Besar China’ menanti Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pada peringkat seterusnya dan laluan berliku terus menghambat beregu campuran No. 1 negara itu jika berjaya melangkah sehingga ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka China di Jiangsu, China.

Semalam, pasangan No. 4 dunia itu tidak berdepan masalah untuk mengetepikan wakil Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai pada peringkat 32 terbaik menerusi kemenangan straight set 22-20, 21-12 dalam masa 35 minit di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik.

Pada pusingan kedua, Khamis ini, Tang Jie-Ee Wei dijadual berdepan beregu tuan rumah yang menghuni ranking ke-40 dunia, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying.

Jika kedudukan ranking dunia diambil kira sewajarnya Tang Jie-Ee Wei tidak seharusnya menghadapi masalah untuk mencari laluan ke suku akhir.

Namun begitu, kehadiran Jia Xuan-Meng Ying tidak harus dipandang sebelah mata selepas mereka mengejutkan beregu Malaysia, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang menghuni ranking No. 13 dunia 21-15, 21-16 di pusingan pertama.

Seandainya, Tang Jie-Ee Wei berjaya menyingkirkan wakil tuan rumah itu yang mendapat sokongan padu penyokong tempatan, beregu No. 9 dunia, Gua Xin Wa-Chen Fang Hui dijangka menanti mereka di suku akhir.

Seterusnya jika mara ke separuh akhir, maka, beregu No. 1 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping berkemungkinan menanti Tang Jie-Ee Wei sekiranya tiada sebarang kejutan besar berlaku dalam perjalanan ke peringkat tersebut.

Pencapaian terbaik gandingan Malaysia itu ialah melangkah sejauh separuh akhir pada edisi 2023 sebelum tunduk kepada beregu handalan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.

Sementara itu, satu lagi beregu campuran Malaysia, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien melepasi halangan Rohan Kapoor-Gadde Ruthvika Shivani dari India 25-27, 21-16, 21-14 dalam masa 1 jam 4 minit.

Pada peringkat 16 terbaik, beregu profesional yang menghuni ranking ke-34 dunia itu akan berdepan Yan Zhe-Dong Ping, Khamis ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN