AGC fail semakan keputusan bebas Da’i Syed

AGC fail semakan keputusan bebas Da’i Syed

DA'I SYED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan majoriti Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful daripada pertuduhan rogol.

AGC dalam kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak Pendakwa Raya meneliti alasan penghakiman panel hakim Mahkamah Rayuan berhubung keputusan yang diputuskan hari ini.

Menurutnya, permohonan semakan berkenaan akan difailkan mengikut Kaedah 105 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jabatan Peguam Negara mengambil maklum dan menghormati keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 5 November 2026 menerusi keputusan majoriti yang telah melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Setelah meneliti alasan-alasan penghakiman oleh panel Hakim Mahkamah Rayuan, Pendakwa Raya memutuskan bahawa satu permohonan semakan akan difailkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

AGC berkata, permohonan itu akan berlandaskan prinsip perundangan serta kriteria dan ambang yang ditetapkan bagi pelaksanaan bidang kuasa semakan Mahkamah Rayuan.

Katanya, perkara itu sebagaimana digariskan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan menerusi kes Asean Security Paper Mills Sdn Bhd melawan Mitsui Sumitomo Insurance (Malaysia) Bhd.

“Sehubungan itu, hujahan pihak Pendakwaan akan tertumpu kepada persoalan sama ada terdapat keadaan luar biasa yang memenuhi ambang perundangan tersebut bagi membolehkan mahkamah mempertimbangkan pelaksanaan bidang kuasa semakannya,” katanya.

AGC turut menegaskan komitmennya untuk memelihara keluhuran undang-undang dan memastikan keadilan ditegakkan selaras dengan saluran serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini