Jokowi mengaku di mahkamah rasa terhina - Utusan Malaysia

Jokowi mengaku di mahkamah rasa terhina

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bekas Presiden ketujuh Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi mengaku berasa dihina dan diperlekeh susulan tuduhan ijazah palsu yang mengaitkan namanya.

Jokowi berkata demikian ketika memberikan keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan kes dakwaan fitnah berkaitan ijazah palsu yang melibatkan tertuduh, Roy Suryo, di Mahkamah Daerah Jakarta Timur pada Khamis.

Ketika memberikan keterangan di hadapan pendakwa raya, Jokowi berkata, tuduhan itu telah mencemarkan nama baik dan merosakkan reputasinya, termasuk nama baik keluarganya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga berasa dihina dan diperlekeh dengan begitu teruk,” katanya ketika menjawab soalan pendakwa raya berhubung kerugian yang dialaminya.

Selain berasa dihina, Jokowi turut dituduh menggunakan ijazah palsu untuk menyertai beberapa pilihan raya.

Tuduhan itu berkaitan dengan pencalonannya sebanyak dua kali sebagai datuk bandar, sekali sebagai gabenor dan dua kali sebagai presiden.

Beliau berkata, kerugian yang dialaminya akibat tuduhan berkenaan bersifat tidak ketara. Menurutnya, kesan tuduhan itu dapat dilihat menerusi tahap kepercayaan masyarakat terhadap dakwaan ijazah palsu yang tersebar.

Jokowi mendedahkan bahawa berdasarkan tinjauan terakhir yang diingatinya, sebanyak 18 peratus rakyat Indonesia mempercayai tuduhan tersebut.

“Jika 18 peratus itu ditukar kepada jumlah penduduk, kira-kira 34 juta orang mempercayai dakwaan ijazah palsu ini,” katanya.

Ketika ditanya pendakwa raya sama ada kepercayaan masyarakat terhadap dirinya merosot akibat perkara itu, Jokowi mengesahkannya.

“Betul, Yang Mulia. Seramai 34 juta orang mempercayai tuduhan ijazah palsu ini sehingga menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap saya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini