Benteng mesti kukuh lawan Pakistan

Benteng mesti kukuh lawan Pakistan

AKSI Malaysia menentang Uzbekistan dalam saingan Piala Asia Bawah 18 yang berakhir dengan seri 2-2 di Dazhou, China, kelmarin. Malaysia mara ke separuh akhir menentang Pakistan hari ini. - IHSAN KONFEDERASI HOKI MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketangkasan penjaga gol skuad hoki bawah 18 (B-18) kebangsaan, Mohammad Adib Amsyar serta kekebalan benteng pertahanan bakal menjadi taruhan pasukan apabila menentang Pakistan dalam aksi separuh akhir Piala Asia B-18 di Dazhou, hari ini.

Itu pandangan bekas pemain kebangsaan, Maninderjit Singh apabila melihat Pakistan mempunyai kepakaran dalam menjaringkan gol sama ada menerusi pukulan sudut penalti mahupun jaringan padang.

Ini kerana Pakistan merupakan juara Kumpulan A berjaya meledak 25 gol dengan enam daripadanya hadir menerusi pukulan sudut penalti dan bakinya gol padang dan pastinya itu memberi isyarat jelas lawan memiliki mesin gol yang ampuh.

“Selain ketangkasan Adib, pertahanan kita perlu berhati-hati memandangkan Pakistan mempunyai skil individu yang tinggi dan itu bermakna pertahanan perlu bertahan dengan membuat dua lapisan.

“Ini kerana, situasi satu lawan satu berisiko untuk pasukan jadi apabila pertahanan membuat dua lapisan pada 20 meter dari pintu gol sendiri ia akan mengurangkan risiko.

“Pertahanan kita perlu berada dalam keadaan terbaik terutamanya apabila Pakistan diberikan pukulan sudut penalti kerana mereka ada flicker yang bagus,” katanya.

Bekas pemain kebangsaan yang beraksi pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan Sydney 2000 itu turut berkata, pasukan negara perlu memastikan mereka tidak membenarkan lawan mendahului permainan.

“Apabila pasukan berada di depan pada suku pertama ia akan memberi kelebihan kepada kita kerana lawan akan fokus untuk menyerang dan di situ kita perlu mengambil kesempatan pada pertahanan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN