4,147 operasi dilaksana kekang pemalsuan, salah guna kad pengenalan

4,147 operasi dilaksana kekang pemalsuan, salah guna kad pengenalan

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 4,147 operasi berkaitan pemalsuan dan salah guna kad pengenalan  dilaksanakan di seluruh negara bagi tempoh 2022 hingga September lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,868 tangkapan dilakukannya menerusi operasi penguatkuasaan membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan agensi lain.

Selain itu katanya,  577 kes telah dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan berkaitan dokumen pengenalan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jumlah tersebut merangkumi 128 kes pendakwaan khusus bagi kesalahan menggunakan kad pengenalan milik orang lain manakala  449 melibatkan kes pemalsuan kad pengenalan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ismail Abd. Muttalib (PN-Maran) berkenaan tindakan audit keselamatan bebas kerajaan bagi mengekang penyelewengan dan salah guna kad pengenalan.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar menegaskan bahawa statistik dan tindakan tegas itu membuktikan keseriusan serta komitmen berterusan JPN dalam memelihara integriti dokumen pengenalan diri rakyat Malaysia.

Katanya, langkah berkenaan juga penting bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan negara sentiasa terpelihara daripada sebarang bentuk manipulasi pihak tidak bertanggungjawab. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini