Penunggang maut tersepit di tayar belakang lori

Penunggang maut tersepit di tayar belakang lori

Penunggang maut tersepit
SEORANG penunggang motosikal maut akibat tersepit di tayar belakang sebuah lori treler dekat Jambatan Pelabuhan Klang menghala ke Telok Gadong berhampiran Taman Kem, di Klang, hari ini. - Gambar JBPM Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal jenis Modenas Kriss yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler dan pacuan empat roda di Jambatan Pelabuhan Klang menghala ke Telok Gadong berhampiran Taman Kem, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, selepas kemalangan itu, lelaki berusia 37 tahun itu tersepit di tayar belakang.

“Mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, beliau memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.30 pagi sebelum menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang ke tempat kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini