KUALA LANGAT: Suspek kes tikam pelajar perempuan berusia 15 tahun dekat sebuah sekolah menengah di Banting, di sini, dikenal pasti sebagai seorang individu yang autisme.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S. Vijeswari Devi, memberitahu, remaja perempuan yang juga berusia 15 tahun itu menghidap masalah itu dan direman selama empat hari.
“Anak guam saya adalah autistik. Reman empat hari. Itu sahaja saya boleh katakan,” katanya ringkas ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Teluk Datok, di sini, hari ini selepas prosiding permohonan reman di Mahkamah Majistret selesai.
Tular gambar kad OKU bagi kategori ketidakupayaan autisme didakwa milik suspek tersebut dalam media sosial.
Terdahulu, pelajar terbabit yang menikam rakannya dalam kejadian menggemparkan dekat sebuah sekolah berkenaan direman selama empat hari sehingga Jumaat.
Perintah reman itu dikeluarkan terhadapnya oleh Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Majistret Telok Datuk bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu selepas permohonan dikemukakan oleh polis. – UTUSAN










