Johor kedua tertinggi miliki sijil halal selepas Selangor

Johor kedua tertinggi miliki sijil halal selepas Selangor

MOHD. FARED MOHD. KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seramai 1,743 pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) aktif direkodkan di Johor iaitu kedua tertinggi selepas Selangor yang mencatatkan 4,321 pemegang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pencapaian itu didorong pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Halal Negeri Johor (PKHNJ) 2030 yang menyaksikan 1,298 permohonan baharu daripada usahawan serta syarikat di negeri ini diluluskan sehingga 11 November lalu.

“Jumlah pensijilan baharu menunjukkan lonjakan ketara setiap tahun bermula dengan hanya 133 pensijilan direkodkan pada tahun 2024. Angka itu meningkat lebih empat kali ganda kepada 561 pensijilan pada tahun lalu, sebelum terus melonjak kepada 737 pensijilan sehingga 11 November lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jumlah tahun ini merupakan peningkatan lebih lima kali ganda berbanding 2024, sekali gus mencapai 88 peratus daripada sasaran tahunan yang ditetapkan iaitu sebanyak 839 pensijilan,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ng Yak Howe (PH-Bentayan) berhubung perkembangan terkini pensijilan halal serta pencapaian PKHNJ 2030 di negeri ini.

Tambah Mohd. Fared, statistik turut menunjukkan peningkatan penyertaan yang amat ketara dalam kalangan usahawan Bumiputera untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut.

“Daripada 441 syarikat baharu yang memohon melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tahun ini, sebanyak 342 syarikat atau 77.6 peratus adalah usahawan Bumiputera, berbanding hanya 38 peratus dalam kalangan pemegang sijil sedia ada.

“Ini petanda baik bahawa usahawan Bumiputera semakin yakin menceburi industri halal, malah sebanyak 93 peratus permohonan berjaya diluluskan dalam tempoh 30 hari bekerja bagi memudahkan urusan rakyat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini