PETALING JAYA: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Jamain Wahab mengesahkan kemenangan itu sekitar pukul 10.10 pagi tadi.
Pada PRN Sarawak sebelum ini, Abang Johari yang pertama kali bertanding di Gedong memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,607 undi dalam saingan empat penjuru.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sebelum berpindah ke Gedong, beliau mewakili DUN Satok selama sembilan penggal sejak 1981. – UTUSAN











