PRU16: Gandingan Anwar-Muhyiddin bawa penawar untuk Malaysia sebenar - Penganalisis

PRU16: Gandingan Anwar-Muhyiddin bawa penawar untuk Malaysia sebenar – Penganalisis

ANWAR IBRAHIM dan MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai penawar kepada banyak masalah berkait perkauman di negara ini.

Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Kolej Undang-Undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Misrinah Misban berkata, keberadaan kedua-dua tokoh tersebut dalam satu barisan menjamin keyakinan rakyat dalam nasib dan isu Melayu terus dipertahankan.

Katanya, pada masa sama, kaum Cina dan India terus mendapat pembelaan daripada pimpinan lain dalam Pakatan Harapan (PH) dengan rekod pentadbiran sebelum ini yang ternyata berkesan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gandingan Anwar dan Muhyiddin juga pastinya diterima baik oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

“Rakyat Malaysia Timur pastinya mengalu-alukan gandingan Anwar dan Muhyiddin kerana tidak fokus kepada politik perkauman dan menampilkan wibawa kepimpinan yang menyeluruh demi semua kaum,” katanya hari ini.

Baru-baru ini, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa berkata, gandingan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai kombinasi terbaik sekiranya kedua-dua pemimpin itu mengambil alih jawatan perdana menteri dan juga timbalan perdana menteri kelak.

Husam Musa berkata, beliau melihat sekiranya kedua-dua pemimpin ini digandingkan, ia akan dapat mengamankan peralihan kuasa jawatan penting negara yang akan berlaku nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN