KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan, Nur Fazura semalam dimasukkan ke hospital Prince Court setelah mengalami demam kronik.
Perkara itu dimaklumkan sahabatnya yang dikenali sebagai Angah melalui Thread.
“Assalamualaikum, buat ramai yang bertanya, kami baru saja ke hospital prince court.
“Empat hari kak faz (Fazura) demam urat, sakit tonsil dan muntah,” katanya.
Individu tersebut bagaimanapun memaklumkan Fazura tidak menghadapi sebarang penyakit kronik dan keadaannya stabil.
“Lepas dapat keputusan darah syukur tiada yang serius cuma terlalu penat,kurang tidur dan doktor suruh banyak rehat,” katanya lagi.
Angah turut meminta agar peminat Fazura bertenang dan terus mendoakan kesembuhannya.
“Jangan risau semua ya. Doakan kak faz kembali sembuh seperti biasa,” kongsinya.- UTUSAN











