[TIDAK RASMI] PH mendahului di Bentayan

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Bentayan

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Calon Pakatan Harapan (PH), Ng Yak Howe mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bentayan dengan memperoleh 1,510 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Chua Lee Huat yang memperoleh 727 undi setakat pukul 7.02 malam tadi.

Kedudukan semasa itu menyaksikan PH memperoleh 67.50 peratus undi manakala BN meraih 32.50 peratus daripada keseluruhan 2,237 undi yang telah dikira.

DUN Bentayan menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Ng Yak Howe dari PH dan Chua Lee Huat dari BN.

Seramai 34,205 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN