MSU sumbang RM500,000 hargai pelajar cemerlang STPM

MSU sumbang RM500,000 hargai pelajar cemerlang STPM

MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY (MSU)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Management and Science University (MSU) menerusi Yayasan MSU (YM) menyumbang RM500,000 kepada pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025.

MSU berkata, sebanyak RM60,000 diberikan kepada enam Kolej Tingkatan Enam dan enam Pusat Tingkatan Enam Mod 2 dan Mod 3 Terbaik Kebangsaan STPM 2025 dengan masing-masing menerima RM5,000.

“Selain itu, MSU turut menawarkan biasiswa bernilai RM15,000 kepada calon dari Pusat Tingkatan Enam Terbaik Kebangsaan STPM 2025 yang diterima masuk ke MSU bagi mengikuti program ijazah sarjana muda,” katanya dalam kenyataan.

Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik STPM 2025, Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) dan Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warga Asing (SKBMW) itu disempurnakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh; Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) merangkap Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff; Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad serta Presiden dan Pengasas MSU, Prof. Datuk Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid.

MSU berkata, Pelajar Terbaik Kebangsaan STPM 2025 (Kategori Orang Asli), Hazaril Hakimi Hassan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temerloh, Pahang menerima sumbangan RM1,000 berserta biasiswa penuh Yayasan MSU.

“Inisiatif ini diperkenalkan bagi kohort STPM 2025 sebagai usaha menghargai kecemerlangan pelajar, selain menggalakkan lebih ramai calon mengikuti pengajian Tingkatan Enam.

“Perkara ini merupakan antara aspek utama yang diberi penekanan Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Pelan Strategik KPM (PSKPM) 2024-2030.

“Ia adalah untuk memastikan akses pendidikan berkualiti dapat diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang atau lokaliti bagi membolehkan bidang pendidikan terus menjadi sektor utama kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN