PETALING JAYA: Dua kakitangan teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) cedera dalam insiden kebakaran di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kangkar Tebrau, Johor.
TNB dalam satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua kakitangan terbabit sedang dikejarkan ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Menurutnya, pihak pengurusan TNB turut menghubungi keluarga kedua-dua mangsa bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.
“TNB akan memastikan kedua-dua kakitangan yang cedera serta keluarga masing-masing menerima sokongan sewajarnya.
“Ingatan dan doa kami bersama mereka dan keluarga, dengan harapan agar kedua-duanya diberikan kesembuhan segera,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan berlaku gangguan bekalan eletrik di sekitar Johor Jaya, susulan kebakaran di PMU Kangkar Tebrau. – UTUSAN











