Zaini Ujang dilantik Pro Canselor MSU

Zaini Ujang dilantik Pro Canselor MSU

Pro Canselor MSU
ZAINI Ujang bercakap kepada pemberita pada program 100 Day World Lecture Tour di MSU, Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengerusi Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Datuk Seri Dr. Zaini Ujang dilantik sebagai Pro Canselor Management and Science University (MSU) yang baharu, berkuat kuasa semalam.

Presiden MSU, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid berkata, pemilihan bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu berdasarkan pengalamannya menjadi KSU di beberapa kementerian dan bidang pengajian tinggi dalam tempoh yang lama.

“Beliau menggantikan Allahyarham Tan Sri Dr. Wan Muhammad Zahid Muhammad Noordin sebagai Pro Canselor. Beliau dilihat mampu meningkatkan MSU ke satu tahap lebih baik.

“Jadi, Zaini mempunyai keupayaan berbuat demikian,” katanya selepas Program 100 Day World Lecture Tour dan pengumuman Zaini Ujang sebagai Pro Canselor di MSU, semalam.

Tambahnya, Zaini turut dilantik sebagai Profesor dalam bidang Kelestarian Alam Sekitar (Environmental Sustainability).

Majlis pemasyhuran Zaini sebagai Pro Canselor akan dilangsung pada Majlis Konvensyen MSU akan datang, iaitu dijangka pada bulan Disember ini.

Sementara itu, Zaini menzahirkan penghargaan kepada MSU kerana memberi kepercayaan kepadanya sebagai Pro Canselor sambil menganggap ia satu penghormatan sebagai ahli akademik.

“Saya akan memberikan sebanyak mungkin sumbangan kepada MSU. MSU juga mempunyai potensi untuk menjadi universiti terbaik di negara ini,” ujarnya.

Bercakap mengenai program 100 hari syarahan di 15 buah negara, Zaini memberitahu, ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dan mendapat sambutan menggalakkan daripada mahasiswa serta pensyarah di universiti-universiti berkenaan.

“Antara topik yang disentuh dalam syarahan seperti isu alam sekitar, pendidikan tinggi dan kesihatan,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN