Lelaki warga Myanmar miliki kad UNHCR ditemukan maut

Lelaki warga Myanmar miliki kad UNHCR ditemukan maut

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang lelaki warga Myanmar yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ditemukan meninggal dunia di sebuah medan selera di D’Rejang, Taman Sri Rampai, dekat sini semalam.

Penemuan mayat lelaki berkenaan diterima polis daripada orang awam pada pukul 10.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, mangsa yang dipercayai gelandangan ditemukan tidak sedarkan diri ketika terbaring di atas kerusi simen di medan selera berkenaan.

“Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pegawai penyiasat hadir ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

“Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan meminta mereka yang mempunyai maklumat tampil menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN