Laungan ‘hamba US’ bergema di hadapan kedutaan AS

Laungan ‘hamba US’ bergema di hadapan kedutaan AS

Himpunan Sumud Flotilla
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Di hadapan di kedutaan Amerika Syarikat (AS) hari ini bergema laungan ‘hamba US’ sebagai tanda protes ke atas sekatan misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Difahamkan, kumpulan orang ramai mula berkumpul dengan membawa sepanduk bertulis ‘Stop The Genocide’ dan ‘Israel Amerika Stop Starving Gaza’ selain plakad di hadapan kedutaan terbabit bermula kira-kira pukul 12 tengah hari.

Selain itu terdapat peserta yang membawa gambar kanak-kanak Gaza selain kibaran bendera Palestin.

Perhimpunan itu bertukar sedikit kecoh kira-kira pukul 1 petang apabila ada segelintir peserta mula melakukan protes dengan bergerak ke tengah jalan raya.

Bagaimanapun pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membuat kawalan berjaya mengawal situasi.

Himpunan juga kembali tenang selepas hujan lebat di ibu negara. 

Seorang peserta himpunan berkenaan, Rinah Alim, 51, berkata dia menyertai himpunan ini untuk menyatakan sokongan dan bantahan terhadap tindakan Israel yang menahan beberapa aktivitis GSF.

“Saya berada di sini atas rasa perkemanusiaan terhadap rakyat Palestin sebab dah bertahun mereka diserang dan sangat sukar untuk menerima sebarang bantuan.

“Semalam pula, rakan-rakan kita yang menyertai GSF pula ditahan. Mereka bukan bawa senjata pun, cuma bawa barang keperluan seperti susu dan juga makanan. 

“Jadi, kita perlu menentang sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut rejim Zionis,” katanya di sini.

Turut kelihatan di lokasi himpunan ialah Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail yang memberikan pencerahan kepada peserta himpunan terbabit.

Media sebelum itu melaporkan seramai 201 aktivis kemanusiaan dari 36 buah negara, termasuk 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IOF) dalam satu insiden tegang di perairan antarabangsa, awal pagi Khamis.

Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rejim Zionis Israel segera membebaskan semua aktivis serta sukarelawan antarabangsa termasuk rakyat Malaysia yang ditahan selepas kapal GSF dipintas. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×