Pegawai AKPS maut: Tangisan dua anak iringi kepulangan jenazah ibu

Pegawai AKPS maut: Tangisan dua anak iringi kepulangan jenazah ibu

SUASANA pilu menyelubungi kawasan rumah keluarga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Allahyarham Norhazwani Ibrahim yang dibunuh suaminya di Nilai, Negeri Sembilan semasa rumah di Kampung Banjir, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan awal pagi tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Tangisan dua anak perempuan pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Allahyarham Norhazwani Ibrahim, 35, yang dibunuh suaminya di Nilai, Negeri Sembilan, mengiringi kepulangan jenazah ibu mereka apabila tiba di rumah keluarga di Kampung Banjir, Pengkalan Kubor, di sini, awal pagi tadi.

Lebih memilukan, kedua-dua kanak-kanak itu, Nordianisa Sofia Mohd. Khairuddin, 6, dan adiknya, Noralisa Amara, 5, menangis sambil meronta-ronta serta enggan keluar dari bilik meskipun dipujuk ibu saudara mereka, Marliza Ibrahim, 48, yang juga penjaga mereka sejak kecil.

Suasana pilu menyelubungi kediaman keluarga apabila jenazah pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) itu tiba kira-kira pukul 1 pagi untuk disolatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Tanjong, Pengkalan Kubor, di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

DUA anak kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Allahyarham Norhazwani Ibrahim yang dibunuh suaminya di Nilai, Negeri Sembilan turut hadir ke pengebumian arwah ibu mereka di Tanah Perkuburan Tanjong, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan awal pagi tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.

Abang Allahyarham, Mohd. Hazwan, 38, berkata keluarganya reda dengan pemergian Norhazwani, namun masih terkejut dan terkilan dengan kejadian yang menimpa adiknya.

“Saya reda dengan kejadian yang berlaku kepada Allahyarham Norhazwani. Saya masih terkejut dan terkilan dengan kejadian yang menimpanya kerana arwah meninggalkan kami sekeluarga tidak sampai 12 jam saya keluar dari rumahnya.

“Saya mewakili keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menguruskan jenazah adik saya untuk dibawa pulang.

“Kami sekeluarga sangat menghargai usaha semua pihak termasuk warga AKPS kerana menguruskan jenazah adik saya dan memudahkan urusan semasa di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan,” katanya.

Sebelum itu, lebih 100 ahli keluarga terdekat hadir pada upacara pengebumian Allahyarham Norhazwani yang selesai kira-kira pukul 2 pagi tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini