Genevie-Zi Yu rangkul gelaran remaja dunia

Genevie-Zi Yu rangkul gelaran remaja dunia

Genevie-Zi Yu muncul beregu perempuan pertama Malaysia menjulang gelaran remaja dunia di Kaherah, Mesir, hari ini. - Facebook BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Genevie Lim-Low Zi Yu mencipta sejarah apabila muncul beregu perempuan pertama Malaysia menjulang gelaran pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Kaherah, Mesir, hari ini.

Diletakkan selaku pilihan kedua, Genevie-Zi Yu menewaskan pasangan Jepun, Nijika Kamata-Shizuku Kashio 15-7, 9-15, 15-12 dalam masa 41 minit pada perlawanan akhir.

Sebelum ini, belum ada beregu perempuan negara yang berjaya membawa pulang pingat emas, dengan pencapaian terbaik adalah perak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apa yang lebih menarik, Zi Yu yang baharu berusia 16 tahun mencipta hatrik mara ke final dan percubaan ketiganya bersama pasangan berbeza akhirnya membuahkan hasil.

Mengimbas kembali pencapaian anak jati Johor itu, dalam percubaan pertamanya pada 2024, Zi Yu yang berpasangan dengan Dania Sofea Zaidi terpaksa berpuas hati membawa pulang pingat perak.

Tahun lalu, dia sekali lagi mara ke perlawanan akhir bersama rakan gandingan, Noraqilah Maisarah Ramdan pula dan kilauan pingat yang sama dimenangi pemain itu.

Selaku juara, Genevie-Zi Yu membawa pulang pingat emas, trofi dan biasiswa daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Selain Jepun yang memenangi pingat perak, beregu China, Shi Sichen-Xiang Yujin dan Choi Ye Da-Kim Min Chae dari Korea Selatan meraih gangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini