Kejayaan Zi Yu-Genevie Lim sejarah baharu buat badminton negara - PM

Kejayaan Zi Yu-Genevie Lim sejarah baharu buat badminton negara – PM

Genevie-Zi Yu muncul beregu perempuan pertama Malaysia menjulang gelaran remaja dunia di Kaherah, Mesir, semalam. - Facebook BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Low Zi Yu dan Genevie Lim atas kejayaan muncul juara beregu perempuan pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia, sekali gus mencipta sejarah baharu buat sukan badminton negara.

Beliau menyifatkan pencapaian itu membanggakan dan berharap kejayaan berkenaan menjadi pemangkin kepada kedua-dua pemain untuk terus meningkatkan prestasi serta mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

“Tahniah Low Zi Yu dan Genevie Lim atas kejayaan muncul juara beregu perempuan di Kejohanan Badminton Remaja Dunia. Satu sejarah baharu buat badminton negara!

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syabas, teruskan momentum dan harumkan nama Malaysia!” katanya di media sosial Facebook, hari ini.

Kejayaan itu turut mencerminkan potensi pemain muda negara untuk terus bersaing di peringkat dunia, sekali gus menyuntik semangat kepada pembangunan badminton Malaysia.

Gandingan Zi Yu-Genevie Lim melakar sejarah apabila menamatkan penantian 34 tahun Malaysia apabila merangkul kejuaraan sulung pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2026 di Kaherah, Mesir, semalam.

Pada aksi final di Stadium Antarabangsa Kaherah, pasangan pilihan kedua kejohanan itu menewaskan gandingan Jepun, Nijika Kamata-Shizuku Kashio dalam pertarungan tiga set 15-7, 9-15, 15-12.

Kejayaan berkenaan menyaksikan Zi Yu-Genevie muncul beregu wanita pertama negara bergelar juara dunia remaja sejak acara itu mula dipertandingkan pada 1992, yang sebelum ini banyak didominasi wakil China. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini